Muzium Tokoh Johor merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato’ Jaafar bin Muhammad.
Dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru dan kini dikenali sebagai Muzium Tokoh Johor. Bangunan ini menyerupai bentuk bangunan keluarga Diraja Inggeris iaitu ‘Hardwick Hall’ dan ‘Mahligai Matlock’ di jajahan Derby atay Derbyshire, England.
Tarikan utama di Muzium Tokoh Johor adalah Pameran Rumah Agam (The Grand Mansion@Bukit Senyum) yang menceritakan sejarah dan keunikan bangunan Dato’ Jaafar dalam bentuk animasi 3D serta Pameran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.