Pengenalan
Bahagian Pemuziuman diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Yayasan Warisan Johor Tahun 1988. Ia juga bertanggungjawab dalam pembinaan muzium negeri dan muzium di setiap daerah.
Bahagian Pemuziuman merangkumi segala aspek yang melibatkan pengumpulan artifak, bahan-bahan warisan, memelihara dan memulihara, melindungi kepentingan sejarah, tradisi, kajipurba, senibina dan mengadakan pameran bagi memdidik rakyat akan kepentingan warisan budaya, sejarah dan seni negeri. Di samping itu, Bahagian Pemuziuman menjadi pusat rujukan, penyelidikan dan pendidikan peninggalan warisan negeri.
Bagi menjayakan fungsi dan misi Yayasan Warisan Johor, Bahagian Pemuziuman bertanggungjawab melaksanakan projek-projek penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan kebudayaan negeri Johor.
Visi
Bahagian Pemuziuman sebagai salah satu bahagian dalam Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab melaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemeliharaan warisan sejarah.
Misi
Mengkaji, mengumpul, memulihara dan memelihara bahan-bahan yang berkaitan dengan monumen, bangunan, tapak bersejarah, artifak dan warisan sejarah Negeri Johor di samping mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan dan manfaat orang ramai.
Objektif
- Membuat penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan budaya Johor
- Menyebarkan maklumat dan pengetahuan berhubung warisan sejarah, seni dan budaya Johor melalui pameran tetap dan sementara kepada orang ramai
- Memelihara khazanah Johor agar terpelihara untuk generasi kini dan akan datang
Fungsi
- Pemerolehan bahan-bahan sejarah
- Penyimpanan dan pemeliharaan bahan-bahan sejarah
- Pengkajian peninggalan sejarah
- Pameran bahan sejarah untuk tatapan umum
- Penerbitan khazanah warisan sejarah dan budaya