19th Ave New York, NY 95822, USA

Bahagian Persuratan dan Sejarah

Pengenalan

Bahagian Persuratan dan Sejarah diwujudkan pada 1 Januari 1997. Bahagian ini berperanan untuk mengumpul, mengkaji dan mendokumentasi setiap hasil warisan persuratan Johor. Bahagian ini juga ditugaskan untuk menerbit, menyebar dan memasyarakatkan setiap hasil warisan persuratan untuk pengetahuan umum sama ada dalam bentuk dokumentari, rakaman video, gambar dan penulisan. Selain daripada itu, bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program penggalakan terhadap kegiatan penulis dan berkaitan sejarah melalui program yang dianjurkan. Terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Persuratan dan Pengembangan Ilmu, Unit Sejarah dan Penyelidikan serta Pusat Dokumentasi Johor.

CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN PERSURATAN DAN SEJARAH

UNIT PERSURATAN DAN PENGEMBANGAN ILMU

  • Menyelenggara program-program persuratan Yayasan Warisan Johor dan mengendalikan aktiviti pengembangan ilmu persuratan negeri Johor.
  • Antara program yang diadakan adalah Anugerah Sastera Johor (ASJ), Sastera Lisan Negeri Johor (SALINJ), Pugar Persuratan Johor dan Johor Peka Bahasa.

UNIT SEJARAH DAN PENYELIDIKAN

  • Menyelaras dan melaksanakan program berkaitan sejarah dan penyelidikan di negeri Johor.
  • Memberi khidmat nasihat sejarah dan budaya Johor.
  • Antara program yang dijalankan seperti siri-siri penyelidikan, Sajian Warisan Johor dan Johor Celik Sejarah.

PUSAT DOKUMENTASI JOHOR

  • Beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2000 selepas penubuhannya pada April tahun 1999 dan kini terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di bangunan Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor.
  • Dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, pada tahun 2016.
  • Tujuan ditubuhkan adalah untuk memelihara koleksi warisan sejarah, persuratan, kesenian, budaya negeri Johor.

Antara bahan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Johor adalah:

  • Terbitan Yayasan Warisan Johor, sejarah Johor, tokoh Johor, nadir, ensiklopedia, salinan tesis, kertas seminar dan bengkel, laporan, artikel, majalah dan buletin, buku program, jurnal, keratan akhbar, gambar, risalah / brosur dan salinan manuskrip.
  • Mempunyai lebih kurang 11,000 naskhah bahan rujukan.
  • Bahan-bahan yang ada di Pusat Dokumentasi Johor akan didigitalkan secara berperingkat untuk tujuan pemeliharaan dan untuk menyediakan capaian secara elektronik.

Koleksi Pusat Dokumentasi Johor meliputi bidang perkara:

000 Karya AM 500 Sains Tulen
100 Falsafah 600 Teknologi
200 Agama 700 Kesenian Halus dan Kesenian Hiasan
300 Sains Kemasyarakatan 800 Sastera
400 Bahasa 900 Geografi dan Sejarah Am

Anugerah Sasterawan Johor

Anugerah Sastera Johor atau ASJ dahulu dikenali sebagai Hadiah Sastera Darul Ta’zim (HSDT). Anugerah Sastera Johor adalah wadah pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Negeri Johor sebagai menghargai sumbangan para penulis, pemikir dan karyawan Johor. Pengiktirafan ini secara tekal telah menjana tekad dan bakat penulis untuk terus berkarya menghasilkan karya-karya bermutu.

Sejak kali pertama diadakan pada tahun 1996, ASJ telah berjaya dianjurkan setiap dwitahunan dan melahirkan penulis pelapis yang sentiasa hadir dengan karya-karya segar.

Jika disorot dari sudut sambutan, penganjuran ASJ menjadi suatu acara yang dinanti- nantikan oleh pencinta bahasa dan sastera, penulis, karyawan dan anak jati Johor yang berada dalam lingkungan ranah penulisan tanah air. ASJ juga dilihat pengkaji dan sarjana sebagai penanda aras kualiti penulisan serta perkembangan kesusasteraan tanah daksina. Melalui wahana inilah, penulis dirai dan dihargai dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti.

Berikut antara senarai nama penulis yang pernah diangkat sebagai penerima Hadiah Khas Anugerah Sastera Johor:

Anugerah Sasterawan Johor

1. Adibah Amin (1996)
2. Zaharah Nawawi (1999)
3. Khadijah Hashim (2001)
4. Abdul Talib Hassan (2003)
5. Haji Ali Ahmad (Nora - 2005)
6. Shaharom Husain (2007)
7. Haji Mokhtar Talib (Pak Matlob - 2009)
8. Amida @ Hamidah Abd. Hamid (Anis - 2011)
9. Othman Hj. Zainudin (2013)
10. Shapiai Mohd. Ramly (2016)
11. Md. Ismail bin Zamzam (Zam Ismail - 2019)
12. Aminah Mokhtar (2021) 

Anugerah Penulis Muda Johor

1. Gunawan Mahmood (1996)
2. Talib Samat (1999)
3. Hasidah Disan (2001)
4. Mawar Shafei (2003)
5. Shamsudin Othman (2005)
6. Mohamad Yazid Abdul Majid (Zaid Akhtar - 2007)
7. Nazim Mohd. Subari (2009)
8. Khairul Hafiz Abdul Rahman (Serunai Faqir - 2011)
9. Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid (W.B. Rendra - 2013)
10. Mohd Fairuz Mhd Padoli (MF Kencana - 2016)
11. Zulfazlan Jumrah (2019)
12. Zaifulnizam Bin Wagiran (2021) 

Penerbitan Antologi

Melalui penganjuran Anugerah Sastera Johor, sebahagian karya-karya penerima ASJ diterbitkan dalam sebuah antologi. Meskipun, penerbitan antologi dilakukan untuk karya penerima ASJ pada tahun penganjuran sebelumnya, antologi ini menjadi dokumentasi penting karya-karya penerima anugerah.

1. Rel Waktu (HSDT Pertama 1999)
2. Hujung Tanah (HSDT Ke-2, 2001)
3. Rimba Perkasihan (HSDT Ke-3, 2003)
4. Kasih itu Kesabaran (HSDT Ke-4, 2005)
5. Gapura Merdeka (HSDT Ke-5, 2007)
6. Kidung Akarku (HSDT Ke-6, 2009)
7. Seorang Pemikir (HSDT Ke-7, 2011)
8. Tanah Amanah (HSDT Ke-8, 2013)
9. Menyuluh Kehidupan (HSDT Ke-9, 2016)
10. Di Kolam Keresahan (ASJ Ke-10, 2019)
11. Mentafsir Keberanian (ASJ Ke-11, 2021) 

SAJIAN WARISAN JOHOR

Sajian Warisan Johor julung kali diadakan pada 15-16 Oktober 2019 sempena Festival Hujung Medini di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Persatuan Cef Johor dan syarikat pengeluar produk masakan. Program ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan serta mempromosikan hidangan warisan khas negeri Johor. Antara pengisian atau segmen yang dijalankan ialah demonstrasi masakan, bual bicara dan pertandingan.

Pada tahun 2019, Demonstrasi Juadah Warisan Daerah yang melibatkan aktiviti demonstrasi, food tasting dan jualan produk telah diadakan. Berikut merupakan 10 menu signifikan daerah di negeri Johor;

  • Johor Bahru : kacang pool dan mi rebus
  • Batu Pahat : nasi beriani dan halwa maskat
  • Kluang : karipap nenas dan puyuh
  • Kota Tinggi : kuih tekap dan belangkas sambal
  • Kulai : nasi lemak dan kuih peneram
  • Mersing : nasi dagang dan kuih pepudak
  • Muar : mi Jawa dan mi bandung
  • Pontian : burasak/lepat lui dan terubuk sardin
  • Segamat : soto Jawa dan baung masak lemak
  • Tangkak : kuih gandos dan ayam ungkep

Terdapat juga demonstrasi masakan bersama cef terkenal seperti Cef Jo (Masterchef) dan Cef Razak. Selain itu, pertandingan memasak yang melibatkan 10 daerah di Johor turut diadakan. Menu yang diketengahkan ialah asam pedas dan laksa Johor.

Pada tahun 2020, segmen rakaman Jom Cari Makan! diketengahkan bagi mengumpul resipi-resipi dan penyediaan makanan warisan di daerah-daerah. Antara menu yang disajikan ialah lontong, roti jala, burasak, lepat lui, Johor laksa dan soto.

Terdapat juga segmen Bual Bicara iaitu perbincangan santai bersama cef-cef terkenal dan wakil daripada syarikat pengeluar makanan Adabi bagi mengupas isu-isu seperti usaha pengekalan makanan warisan, pendidikan kulinari satu keperluan masa kini serta Adabi: sumbangan, peranan dan pengekalan warisan.

The cooking contest is still going on, but it's online now. Participants would have to prepare two dishes: the main dish and the dessert.

Pertandingan memasak masih diteruskan namun ia dijalankan secara dalam talian (online). Peserta perlu menyediakan 2 hidangan iaitu hidangan utama dan pencuci mulut. Pada tahun 2021, demonstrasi masakan bertemakan etnik telah dijalankan iaitu Jawa, Bugis dan Banjar yang melibatkan para pendemo yang berpengalaman serta menggunakan resipi turun-temurun daripada keluarga. Menu yang diketengahkan adalah seperti:

  • Ayam engkong - dimasak bersama rempah dan santan.
  • Gemblong - kuih berasaskan pulut.
  • Bahulu fechak - bahulu lembut yang dimakan bersama air gula.
  • Manuk likkuk - ayam masak lengkuas.
  • Nasi gaul - nasi digaul bersama ayam dan acar.
  • Tutulik - kuih daripada tepung beras pulut, disira gula.

Terdapat peraduan ‘Teka dan Menang’ makanan warisan serta pertandingan ‘Video Kreatif Nasi Ambeng bersama Adabi’ yang dijalankan secara dalam talian (online).

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 78081 pelawat
Anugerah
ms_MYBahasa Melayu