Yayasan Warisan Johor

Publication Online Store Management Division
19th Ave New York, NY 95822, USA

Seni Persembahan

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Acara yang dahulunya dikenali dengan nama Bahagian Seni Persembahan adalah sebuah bahagian yang mempunyai 5 unit dibawahnya iaitu Unit Tari, Unit Muzik, Unit Latihan (R&D), Unit Teater dan Unit Kesenian Islam.

Pada dasarnya bahagian ini lebih terarah kepada menyediakan perkhidmatan persembahan Tarian dan juga Muzik (moden, tradisional ghazal, kombo) kepada pihak luar samada agensi kerajaan, swasta mahupun pihak persendirian tidak kira di dalam negeri mahupun diluar negara. Bahagian Pengurusan Acara juga sebuah bahagian yang kekal mendukung dan memelihara warisan budaya Johor dalam tiap persembahan yang dilaksanakan.

Persembahan

Unit Tari

Fungsi utama unit ini di tubuhkan adalah untuk menerbit dan melaksanakan persembahan tarian zapin Johor dan apa jua seni persembahan berkaitan Johor kepada pihak luar samada kerajaan, swasta ataupun persendirian sebagai salah satu cara untuk mempromosikan khazanah warisan seni budaya Johor kepada pihak luar.

Selain itu juga, unit tari ini melaksanakan persembahan pentas sama ada secara konvensional mahupun secara digital demi warisan budaya terus terpelihara dan bertujuan untuk mengetengahkan dan membuat promosi berkaitan tarian tradisional Johor iaitu zapin di dalam dan luar negara secara digital ataupun secara konvensional.

DSC_7389

Unit Muzik

Fungsi utama adalah untuk menerbit dan melaksanakan persembahan muzik sama ada moden (kombo, akustik) dan tradisional seperti ghazal dan keroncong kepada pihak luar seperti agensi-agensi kerajaan, swasta ataupun persendirian.

Agar dapat terus memelihara warisan muzik ghazal dan keroncong Johor dengan pengisian program berkaitan dan mengetengahkan juga membuat promosi berkaitan warisan muzik ghazal dan keroncong Johor di dalam dan luar negara secara digital ataupun secara konvensional.

Persembahan

UNIT R&D (KAJIAN DAN PEMBANGUNAN)

Unit ini dahulunya dikenali dengan nama unit Pembangunan adalah bertujuan untuk membantu menyelaras dan melaksana pembangunan seni tari tradisional negeri Johor bagi membolehkan jabatan mengangkat martabat warisan seni budaya negeri Johor ke peringkat yang lebih tinggi dan juga melaksanakan kerja-kerja penyelidikan berkaitan sejarah tari tradisi negeri Johor.

Membantu mengumpul dan memelihara hasil kaji selidik seni tari tradisi negeri Johor dan membantu untuk penerbitan hasil kajian untuk dijadikan buku sebagai bahan rujukan di negeri Johor. Seterusnya, dapat mengembang dan menyebar luas hasil penerbitan kajian kepada seluruh negeri Johor melalui penghasilan program dan aktiviti pelestarian seni tari zapin.

Performance arts

UNIT KESENIAN ISLAM

Menjadi pusat menyediakan dan menerbitkan program dan aktiviti berkaitan kesenian Islam dan antara contoh program yang berada di bawah tanggungjawab unit ini adalah seperti Festival Kesenian Islam (seni tarranum, berzanji, qasidah, nasyid dan lain-lain), kursus pemantapan qari dan qariah dan lain-lain. Selain itu juga, unit ini ada mengadakan program seperti kelas, bengkel dan menyediakan jurulatih di setiap daerah di negeri Johor untuk tujuan menyemarak dan membangunkan kesenian Islam di Johor.

Performance arts

UNIT TEATER

Menjadi pusat rujukan mengenai seni teater khususnya di negeri Johor dan menjadi pusat pertemuan di antara aktivis-aktivis teater negeri Johor dengan mengadakan kerjasama berkaitan dengan seni teater. Tujuan untuk merancang dan seterusnya menerbitkan persembahan pentas secara konvensional dan juga digital agar selari dengan perkembangan industri teater tanahair. Pada 29 Oktober 2021 yang lalu, unit ini juga berjaya mempersembahkan sebuah Teater Vitual (pertama kali dalam sejarah YWJ) berjudul Salah Atau Tak Salah dengan gabungan kerjasama YWJ dan aktivis teater Johor dan di tayangkan di saluran Youtube Rasmi YWJ.

CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN PENGURUSAN ACARA

The Management Division
LogoYWJ

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 100135 pelawat
Online Services
Anugerah
PENGIKTIRAFAN
© 2022 Yayasan Warisan Johor
error: Content is protected !!
Skip to content