Yayasan Warisan Johor

Publication Online Store Management Division
19th Ave New York, NY 95822, USA

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Warisan

MISI

Memastikan setiap hasil kajian, penyelidikan dan bahan rujukan serta nadir khasnya berkaitan Johor didokumentasi.

VISI

Berperanan mengumpul, memugar, menyelidik, dan mendokumentasi; merangkumi kluster budaya, persuratan, dan sejarah. Menerbit dan menyebarkan dalam pelbagai bentuk seperti dokumentari, rakaman video, gambar dan penulisan termasuk di media sosial.

Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan Dan Dokumentasi Warisan

Yayasan Warisan Johor|Heritage Research And Documentation Division

UNIT PENGEMBANGAN ILMU DAN SEJARAH

  • Memperkukuh matlamat mengangkat pengembangan ilmu dalam konteks bahasa, sastera dan persuratan.
  • Mempromosi dan membudayakan makanan warisan Johor di kalangan masyarakat.
  • Mengangkat peranan sejarah dalam negeri Johor termasuk mukim serta aspek kearifan tempatan dalam 10 daerah.
SASTERA LISAN NEGERI JOHOR (SALINJ) 
  • Program dwitahunan berselang seli dengan program pengukuhan objektif penganjuran SALINJ setiap daerah.
SAJIAN WARISAN JOHOR (SWJ) 
  • Program dwitahunan mengangkat sajian tradisi dan warisan Johor, serta menjadi tarikan pelancong.
JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) 
  • Program dwitahunan merangkumi penyelidikan dan dokumentasi di sesebuah mukim dalam daerah negeri Johor.

Tambahan: Memenuhi keperluan jabatan dan agensi berkenaan maklumat persuratan dan sejarah.

UNIT KEBUDAYAAN

  • Memperkukuh program pembangunan iaitu Lestari Seni Budaya yang membina bakat melalui penganjuran bengkel dan kelas. (Contoh: bengkel kejurulatihan dan kelas kompang serta kelas tari).
  • Melaksanakan penyelidikan dalam konteks warisan untuk keperluan penyediaan kertas kajian dan persidangan.
  • Membudayakan penulisan artikel dan esei untuk diterbitkan.
LESTARI SENI BUDAYA 

Program pembangunan kejurulatihan, meliputi:

  • Jom Jenguk Kampung 
  • Bengkel Kejurulatihan 
  • Kelas kompang, marwas dan tari
PENYELIDIKAN DAN PENULISAN ARTIKEL 
  • Melaksanakan penyelidikan dan penyediaan kertas kajian untuk keperluan persidangan dan penerbitan.
FESTIVAL ZAPIN RAKYAT JOHOR 
  • Beberapa pengisian program antaranya Jelajah Lestari Zapin dan Bengkel Zapin Johor. 
  • Pertandingan peringkat daerah, sebelum ke peringkat negeri Johor di FZRJ.

Tambahan: Memenuhi keperluan jabatan dan agensi, berkenaan maklumat kebudayaan seperti tari zapin dan muzik ghazal.

PUSAT DOKUMENTASI JOHOR

  • Beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2000 selepas penubuhannya pada April tahun 1999 dan kini terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di bangunan Bahagian Persuratan dan Sejarah, Yayasan Warisan Johor.
  • Dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, pada tahun 2016.
  • Tujuan ditubuhkan adalah untuk memelihara koleksi warisan sejarah, persuratan, kesenian, budaya negeri Johor.

Antara bahan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Johor adalah:

  • Terbitan Yayasan Warisan Johor, sejarah Johor, tokoh Johor, nadir, ensiklopedia, salinan tesis, kertas seminar dan bengkel, laporan, artikel, majalah dan buletin, buku program, jurnal, keratan akhbar, gambar, risalah / brosur dan salinan manuskrip.
  • Mempunyai lebih kurang 11,000 naskhah bahan rujukan.
  • Bahan-bahan yang ada di Pusat Dokumentasi Johor akan didigitalkan secara berperingkat untuk tujuan pemeliharaan dan untuk menyediakan capaian secara elektronik.

Koleksi Pusat Dokumentasi Johor meliputi bidang perkara:

000 Karya AM 500 Sains Tulen
100 Falsafah 600 Teknologi
200 Agama 700 Kesenian Halus dan Kesenian Hiasan
300 Sains Kemasyarakatan 800 Sastera
400 Bahasa 900 Geografi dan Sejarah Am

Anugerah Sasterawan Johor

Anugerah Sastera Johor atau ASJ dahulu dikenali sebagai Hadiah Sastera Darul Ta’zim (HSDT). Anugerah Sastera Johor adalah wadah pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Negeri Johor sebagai menghargai sumbangan para penulis, pemikir dan karyawan Johor. Pengiktirafan ini secara tekal telah menjana tekad dan bakat penulis untuk terus berkarya menghasilkan karya-karya bermutu.

Sejak kali pertama diadakan pada tahun 1996, ASJ telah berjaya dianjurkan setiap dwitahunan dan melahirkan penulis pelapis yang sentiasa hadir dengan karya-karya segar.

Jika disorot dari sudut sambutan, penganjuran ASJ menjadi suatu acara yang dinanti- nantikan oleh pencinta bahasa dan sastera, penulis, karyawan dan anak jati Johor yang berada dalam lingkungan ranah penulisan tanah air. ASJ juga dilihat pengkaji dan sarjana sebagai penanda aras kualiti penulisan serta perkembangan kesusasteraan tanah daksina. Melalui wahana inilah, penulis dirai dan dihargai dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti.

Berikut antara senarai nama penulis yang pernah diangkat sebagai penerima Hadiah Khas Anugerah Sastera Johor:

Anugerah Sasterawan Johor

1. Adibah Amin (1996)
2. Zaharah Nawawi (1999)
3. Khadijah Hashim (2001)
4. Abdul Talib Hassan (2003)
5. Haji Ali Ahmad (Nora - 2005)
6. Shaharom Husain (2007)
7. Haji Mokhtar Talib (Pak Matlob - 2009)
8. Amida @ Hamidah Abd. Hamid (Anis - 2011)
9. Othman Hj. Zainudin (2013)
10. Shapiai Mohd. Ramly (2016)
11. Md. Ismail bin Zamzam (Zam Ismail - 2019)
12. Aminah Mokhtar (2021) 

Anugerah Penulis Muda Johor

1. Gunawan Mahmood (1996)
2. Talib Samat (1999)
3. Hasidah Disan (2001)
4. Mawar Shafei (2003)
5. Shamsudin Othman (2005)
6. Mohamad Yazid Abdul Majid (Zaid Akhtar - 2007)
7. Nazim Mohd. Subari (2009)
8. Khairul Hafiz Abdul Rahman (Serunai Faqir - 2011)
9. Wahyu Budiwa Rendra A. Wahid (W.B. Rendra - 2013)
10. Mohd Fairuz Mhd Padoli (MF Kencana - 2016)
11. Zulfazlan Jumrah (2019)
12. Zaifulnizam Bin Wagiran (2021) 

Penerbitan Antologi

Melalui penganjuran Anugerah Sastera Johor, sebahagian karya-karya penerima ASJ diterbitkan dalam sebuah antologi. Meskipun, penerbitan antologi dilakukan untuk karya penerima ASJ pada tahun penganjuran sebelumnya, antologi ini menjadi dokumentasi penting karya-karya penerima anugerah.

1. Rel Waktu (HSDT Pertama 1999)
2. Hujung Tanah (HSDT Ke-2, 2001)
3. Rimba Perkasihan (HSDT Ke-3, 2003)
4. Kasih itu Kesabaran (HSDT Ke-4, 2005)
5. Gapura Merdeka (HSDT Ke-5, 2007)
6. Kidung Akarku (HSDT Ke-6, 2009)
7. Seorang Pemikir (HSDT Ke-7, 2011)
8. Tanah Amanah (HSDT Ke-8, 2013)
9. Menyuluh Kehidupan (HSDT Ke-9, 2016)
10. Di Kolam Keresahan (ASJ Ke-10, 2019)
11. Mentafsir Keberanian (ASJ Ke-11, 2021) 

SAJIAN WARISAN JOHOR

Sajian Warisan Johor julung kali diadakan pada 15-16 Oktober 2019 sempena Festival Hujung Medini di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Persatuan Cef Johor dan syarikat pengeluar produk masakan. Program ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan serta mempromosikan hidangan warisan khas negeri Johor. Antara pengisian atau segmen yang dijalankan ialah demonstrasi masakan, bual bicara dan pertandingan.

Pada tahun 2019, Demonstrasi Juadah Warisan Daerah yang melibatkan aktiviti demonstrasi, food tasting dan jualan produk telah diadakan. Berikut merupakan 10 menu signifikan daerah di negeri Johor;

  • Johor Bahru : kacang pool dan mi rebus
  • Batu Pahat : nasi beriani dan halwa maskat
  • Kluang : karipap nenas dan puyuh
  • Kota Tinggi : kuih tekap dan belangkas sambal
  • Kulai : nasi lemak dan kuih peneram
  • Mersing : nasi dagang dan kuih pepudak
  • Muar : mi Jawa dan mi bandung
  • Pontian : burasak/lepat lui dan terubuk sardin
  • Segamat : soto Jawa dan baung masak lemak
  • Tangkak : kuih gandos dan ayam ungkep

Terdapat juga demonstrasi masakan bersama cef terkenal seperti Cef Jo (Masterchef) dan Cef Razak. Selain itu, pertandingan memasak yang melibatkan 10 daerah di Johor turut diadakan. Menu yang diketengahkan ialah asam pedas dan laksa Johor.

Pada tahun 2020, segmen rakaman Jom Cari Makan! diketengahkan bagi mengumpul resipi-resipi dan penyediaan makanan warisan di daerah-daerah. Antara menu yang disajikan ialah lontong, roti jala, burasak, lepat lui, Johor laksa dan soto.

Terdapat juga segmen Bual Bicara iaitu perbincangan santai bersama cef-cef terkenal dan wakil daripada syarikat pengeluar makanan Adabi bagi mengupas isu-isu seperti usaha pengekalan makanan warisan, pendidikan kulinari satu keperluan masa kini serta Adabi: sumbangan, peranan dan pengekalan warisan.

Pertandingan memasak masih diteruskan namun ia dijalankan secara dalam talian (online). Peserta perlu menyediakan 2 hidangan iaitu hidangan utama dan pencuci mulut. Pada tahun 2021, demonstrasi masakan bertemakan etnik telah dijalankan iaitu Jawa, Bugis dan Banjar yang melibatkan para pendemo yang berpengalaman serta menggunakan resipi turun-temurun daripada keluarga. Menu yang diketengahkan adalah seperti:

  • Ayam engkong - dimasak bersama rempah dan santan.
  • Gemblong - kuih berasaskan pulut.
  • Bahulu fechak - bahulu lembut yang dimakan bersama air gula.
  • Manuk likkuk - ayam masak lengkuas.
  • Nasi gaul - nasi digaul bersama ayam dan acar.
  • Tutulik - kuih daripada tepung beras pulut, disira gula.

Terdapat peraduan ‘Teka dan Menang’ makanan warisan serta pertandingan ‘Video Kreatif Nasi Ambeng bersama Adabi’ yang dijalankan secara dalam talian (online).

LogoYWJ

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 122273 pelawat
Online Services
Anugerah
PENGIKTIRAFAN
© 2022 Yayasan Warisan Johor
error: Content is protected !!
Skip to content