19th Ave New York, NY 95822, USA

Infinity 2020 Art Exhibition

DSC06796-960x750

INFINITY 2020 ART EXHIBITION :  Pameran seni yang di bawakan khas oleh Sky Infinity Innovation Sdn. Bhd dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor menampilkan 16 pengkarya seni visual  daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Pengkarya yang terlibat di dalam pameran ini adalah Ahmad Muhamad, Aleng Tohara, Asyraf Azizi, Fadzlina Amirah, Fatin Nurulain, Izzaty Ahamad, Muhammad Syafiq Sahak, Najmi Rahman, Nor Aisyah Hamzah, Nurul Ain Arina, Qhazril Qhazwan, Raftah Rahman, Salina Arifin, Sharulaimer Kamarulzaman, Suhaida Sukarman dan Sukairi Shahri.

Abstract  – expressionism, pop art, digital art, ceramic installation adalah antara kepelbagaian bentuk karya yang diketengahkan pada pameran ini. Kesemua pengkarya telah menghasilkan 84 buah karya seni visual yang bertemakan INFINITY : BEYOND BOUNDARIES yang bermaksud mencabar kreativiti personal setiap pengkarya dari sudut teknik, medium dan subject – matter.

INFINITY 2020 ART EXHIBITION diharap dapat menjadi platform kepada para pengkarya dan juga penggiat seni tanah air untuk meluaskan kreativiti sekaligus menyokong perkembangan seni dan budaya di Malaysia.

Archive

2023
2022
2021
2020

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 54798 pelawat
Anugerah
ms_MYBahasa Melayu