Yayasan Warisan Johor

Publication Online Store Management Division
19th Ave New York, NY 95822, USA

Pengenalan

KOMPLEKS

Yayasan Warisan Johor

Yayasan Warisan Johor, merupakan pusat rujukan utama dalam bidang sejarah, warisan, seni dan budaya negeri Johor selain memainkan peranan sebagai pemegang taruh utama dalam mempamer dan menyebar luas keunikan budaya Johor untuk manfaat orang ramai.

Selepas mendapat titah perintah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yayasan Warisan Johor yang sebelum ini beroperasi di Jalan Mariamah telah berpindah ke kompleks yang lebih terlihat dan strategik di tengah kota Johor Bahru.

Kemudiannya telah dimahsyurkan sebagai Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 18 November 2018.

Introduction

KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR

Terletak di Jalan Sungai Chat, Johor Bahru, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) dimahsyurkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 18 November 2018. Selain menjadi pusat pentadbiran utama Yayasan Warisan Johor, KWSAB juga menawarkan 7 aktiviti menarik untuk dilawati oleh semua lapisan masyarakat antaranya Galeri Seni Johor, Galeri Tenun Johor, Rumah Limas Johor, Pusat Repositori Artifak, dan Pusat Dokumentasi Johor. Selain itu, di KWSAB juga terdapat pembelajaran asas tarian zapin dan juga beberapa tempat tumpuan gastronomi untuk para penggemar makanan.

FALSAFAH

Pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa itu harus seimbang berpaksikan pendekatan holistik dan menyeluruh.

MOTO

Memelihara warisan budaya.

WAWASAN

Pemantapan jati diri Johor melalui pemuliharaan warisan budaya bangsa.

MISI

Memartabatkan warisan sejarah persuratan, seni dan budaya negeri Johor.

LogoYWJ

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 94322 pelawat
Online Services
Anugerah
PENGIKTIRAFAN
© 2022 Yayasan Warisan Johor
error: Content is protected !!
Skip to content