Manakala tugas Bahagian Pengurusan Acara (Produksi) adalah menyediakan dan merangka konsep teknikal dalam sistem audio, pencahayaan, props, kostum dan juga produksi secara dalam talian iaitu mengedit dan menyediakan video atau paparan digital. Ianya hendaklah selari dengan permintaan seni persembahan oleh pihak pelanggan.
Bahagian Pengurusan Acara (Produksi) ditubuhkan pada Julai 2021 lanjutan penularan pandemik Covid 19 pada Mac 2020. Ia berperanan bagi memberikan fokus kepada konsep dan susun acara majlis. Sehubungan itu, tugas utama adalah bagi merancang, mereka cipta dan mengurus kerja-kerja produksi dan teknikal dalam setiap persembahan.
Bahagian ini bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, pandangan dan bertindak sebagai pakar rujuk dalam persembahan sama ada pementasan atau persembahan majlis rasmi kerajaan negeri dari sudut pengurusan teknikal, produksi dan multimedia secara digital secara konvensional sama ada di peringkat negeri dan juga antarabangsa.
Visi
Memacu pengurusan produksi yang lebih efektif dan efisyen seiring dengan era pemodenan masa kini.
Misi
Sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa bekerjasama bagi memudahkan semua acara persembahan.
Objektif
Menjaga dan memelihara kualiti persembahan kesenian negeri johor dalam setiap persembahan dalam negeri dan juga antarabangsa.
Fungsi
Menentukan konsep yang bersesuaian berkenaan persembahan pentas dari aspek hiasan pentas, props, kostium, tatarias dan teknikal.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN ACARA (PRODUKSI)