Dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti dan promosi menerusi hebahan media cetak, media elektronik dan media sosial.
Selain itu, bahagian ini juga berperanan penting dalam merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat aktiviti seperti bahan cetakan brosur, risalah, rakaman foto dan video.
Unit Promosi
Merancang strategi promosi untuk program-program jabatan.
Menyediakan bahan promosi seperti poster, banner, risalah dan bunting.
Menjalankan promosi bersepadu melalui platform fizikal dan digital.
Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang inisiatif dan aktiviti warisan.
Unit Media dan Kreatif
Mengurus kandungan untuk hebahan di media sosial dan digital.
Menyediakan bahan visual seperti video, montaj, infografik dan kandungan kreatif lain.
Melaksanakan tugas fotografi dan videografi semasa program dan acara rasmi.
Menyunting dan menerbitkan bahan media bagi tujuan dokumentasi dan promosi.
Unit Perhubungan Awam dan Korporat
Menyelaraskan komunikasi rasmi dengan pihak media dan pihak berkepentingan.
Menyediakan kenyataan akhbar, ucapan rasmi, dan atur cara majlis.
Menyelia imej korporat dan penjenamaan jabatan termasuk profil organisasi dan laporan tahunan.
Mengurus acara rasmi seperti pelancaran, sidang media dan sesi libat urus.
Unit Pelancongan
Merancang pakej pelancongan berasaskan warisan budaya negeri Johor.
Menjalin kerjasama dengan agensi pelancongan dan penggiat industri untuk promosi bersama.
Menyediakan maklumat pelancongan berbentuk digital dan bercetak (peta pelancongan, panduan lawatan).
Mempromosikan tapak-tapak warisan dan program budaya sebagai tarikan pelancong.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM, MEDIA, DAN KORPORAT