Yayasan Warisan Johor

Publication Online Store Management Division
19th Ave New York, NY 95822, USA

Bahagian Pengurusan Acara

BAHAGIAN PENGURUSAN ACARA

Bahagian Pengurusan Acara merupakan salah satu bahagian di Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab memberikan persembahan bertaraf antarabangsa disamping menjaga keaslian seni persembahan kebudayaan di Negeri Johor terutamanya Zapin, Ghazal, Keroncong dan persembahan tradisional melayu. Terdapat juga persembahan persembahan yang berbentuk moden, bertema dan kreatif bagi disesuaikan dengan sesuatu majlis atau jemputan. Bahagian Persembahan terbahagi kepada empat (4) unit dibawahnya iaitu Unit Seni Tari, Unit Muzik, Unit Teater dan Unit Produksi.

Keempat-empat unit ini bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan sesebuah persembahan tersusun, berjalan lancar dan bertaraf professional.

VISI

Memastikan setiap produk persembahan dan terbitan YWJ sama ada pementasan panggung, bahan cetakan atau digital lebih efektif dan efisyen seiring dengan era pemodenan masa kini dan sentiasa kekal relevan pada masa akan datang.

MISI

Sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, profesional dan sentiasa berkerjasama bagi memudahkan dan melancarkan setiap persembahan supaya bertaraf antarabangsa.

OBJECTIVE

Menjaga dan memelihara kualiti persembahan kesenian Negeri Johor dalam persembahan setiap samada diperingkat negeri mahupun antarabangsa.
Persembahan

Unit Seni Tari

Fungsi utama unit ini ditubuhkan adalah untuk mempersembahkan tarian Zapin Johor dan tarian tradisional berkaitan Negeri Johor kepada pihak luar samada jabatan kerajaan, pihak swasta mahupun persendirian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan dan mempromosikan khazanah warisan seni tari Johor kepada pihak luar sama ada secara konvensional mahupun rakaman digital. Selain dari itu juga, Unit Seni Tari juga sering membuat persembahan-persembahan yang berbentuk moden, bertema dan kreatif untuk disesuaikan dengan sesuatu majlis atau jemputan.

DSC_7389

Unit Muzik

Fungsi utama unit ini ditubuhkan adalah untuk mempersembahkan tarian Zapin Johor dan tarian tradisional berkaitan Negeri Johor kepada pihak luar samada jabatan kerajaan, pihak swasta mahupun persendirian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan dan mempromosikan khazanah warisan seni tari Johor kepada pihak luar sama ada secara konvensional mahupun rakaman digital. Selain dari itu juga, Unit Seni Tari juga sering membuat persembahan-persembahan yang berbentuk moden, bertema dan kreatif untuk disesuaikan dengan sesuatu majlis atau jemputan.

Performance arts

UNIT TEATER

Yayasan Warisan Johor dalam perkembangan Seni Teater sebagai cabang seni persembahan yang berasaskan penyertaan aktif masyarakat dalam keseluruhan proses penghasilan karya, daripada idea, penulisan, lakonan hingga pementasan. Mengekalkan estetika professional, Seni Teater di Negeri Johor menumpukan kepada pengalaman bersama komuniti dalam membina identiti tempatan, serta penyampai suara masyarakat.

Dalam konteks pewarisan, teater berperanan penting sebagai medium untuk memindahkan nilai, tradisi, dan identiti budaya daripada generasi terdahulu kepada generasi baharu. Melalui penglibatan langsung komuniti, terutamanya golongan muda, seni persembahan tradisional seperti Wayang Kulit dan Bangsawan dapat dipelajari, dipraktikkan, dan dihidupkan semula. Hal ini bukan sahaja memastikan kelangsungan seni warisan, malah menjadikan teater sebagai sebuah arkib hidup (living archive) yang mendokumentasikan memori kolektif masyarakat.

Tambahan pula, sifat inklusif teater menjadikannya ruang yang terbuka untuk pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Dengan demikian, teater tidak hanya berfungsi sebagai hiburan atau wadah kesedaran sosial, tetapi juga sebagai strategi penting dalam melestarikan warisan budaya di tengah-tengah cabaran globalisasi dan arus moden.

Oleh itu, seni teater juga dilihat sebagai pewarisan amat signifikan untuk memahami peranannya dalam menghubungkan masa lalu, masa kini, dan masa depan budaya sesuatu masyarakat.

DSC_7389

Unit Produksi

Fungsi utama bahagian ini ditubuhkan adalah memastikan setiap produk keluaran YWJ terutama persembahan panggung dan rakaman digital bertaraf antarabangsa dan professional. Bahagian Produksi ditugaskan merangka dan menyediakan konsep persembahan panggung supaya sentiasa terurus untuk dipersembahkan dan selamat untuk digunakan termasuk peralatan sistem teknikal suara (audio), pencahayaan (lighting), visual (L.E.D.), rekaan, penyesuaian kostum (busana) serta tatarias personaliti dan rekaan / penyediaan props dan set persembahan.

Selain dari itu juga, bahagian Produksi bertanggungjawab memberi khidmat nasihat (pandangan) dan bertindak sebagai pakar rujuk dalam sesebuah persembahan dari sudut teknikal, produksi dan digital supaya produk yang dipersembahkan atau diterbitkan berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

PENCAPAIAN

ANUGERAH TEATER MALAYSIA 2023

Pada tahun 2023, Yayasan Warisan Johor telah memenangi beberapa anugerah dalam Malam Gala Anugerah Teater Malaysia tahun 2023. Antara anugerah yang berjaya dimenangi adalah Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Teater Tradisional Terbaik, Gubahan Lagu Terbaik dan Sinografi Terbaik. Kejayaan besar ini merupakan usaha gigih kesemua bahagian dibawah Yayasan Warisan Johor yang sentiasa komited dalam melestarikan kesenian, kebudayaan dan warisan di Negeri Johor ini.

INISIATIF & PROGRAM

Bahagian Seni Persembahan sering mengadakan persembahan yang bertaraf antarabangsa dari dahulu lagi sebelum pasca covid 19. Ini terbukti dengan beberapa siri persembahan di Istana Budaya, Dewan Filharmonik Petronas, Festival Ghazal Sedunia, Festival Melayu Sedunia, jemputan persembahan dari dalam dan luar negara.

Namun selepas dunia dikejutkan dengan pasca covid 19, Yayasan Warisan Johor yang juga terkesan dengan pendemik tersebut dan sentiasa berusaha teguh mengekal dan merancang sebaik mungkin bagi memperkasa dan memelihara warisan budaya. Ini terbukti dengan bermulanya konsep rakaman secara virtual bagi menjayakan teater virtual yang julung kali pernah diadakan di Malaysia. Teater Virtual “Salah Atau Tak Salah” (SATS) merupakan antara produk terbaik Yayasan Warisan Johor untuk memastikan seni persembahan sentiasa kekal terpelihara. Kemudian diikuti dengan Festival Tari Rakyat Johor secara virtual dan Anugerah Sastera Johor yang dijalan juga secara virtual.

Antara program yang melibatkan Bahagian Seni Persembahan:
  • Festival Tari Rakyat Johor (YWJ)
  • Anugerah Sastera Johor (YWJ)
  • Wonderfull Nusantara (YWJ)
  • Pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti di Dewan Utama KWSAB (2022)
  • Pertandingan Akhir Zapin Permata Jauhar – RTM Johor (2022)
  • Konsert 25 Tahun Rabbani "Simfoni Kesyukuran" di Stadium Tertutup MBPG(2022)
  • Pementasan Bangsawan Puteri Daun Emas di Dewan Utama KWSAB (2023)
  • Persembahan Teater Kehidupan Harmoni Bangsa Johor di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House (2024)
  • Persembahan Teater Titis : Battle of Endau di Dewan Utama KWSAB (2024
  • Konsert Rindu Bayangan di Dewan Utama KWSAB (2024)
  • Majlis Santapan Hi-Tea Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-267 di Istana Negara(2024)

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN ACARA

Yayasan Warisan Johor|The Event Management Division
LogoYWJ

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 140750 pelawat
Online Services
Anugerah
PENGIKTIRAFAN
© 2022 Yayasan Warisan Johor
Skip to content