Yayasan Warisan Johor

Publication Online Store Management Division
19th Ave New York, NY 95822, USA

Bahagian Pengurusan

Pengenalan bahagian pengurusan

Bahagian Pengurusan diamanahkan untuk memastikan hal urusan perkhidmatan, perjawatan dan keseluruhan pengurusan jabatan dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Selain itu, ia turut berperanan memastikan kesinambungan fungsi diantara setiap bahagian di dalam jabatan ini dapat dicapai pada tahap maksimum dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seterusnya stakeholder.

Bahagian Pengurusan juga memainkan peranan utama dalam memelihara dan memulihara warisan, seni dan budaya supaya dapat memberikan manfaat dan impak maksimum kepada masyarakat melalui perlaksanaan programnya. Maka, pembinaan modal insan yang jitu juga memainkan peranan utama supaya setiap objektif jabatan dapat dicapai sejajar dengan pembangunan Johor sebagai sebuah negeri yang berkemajuan pada masa akan datang.

Introduction

Misi

Meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui pengurusan pentadbiran yang cekap.

Membina pemimpin pelapis berkualiti, berwawasan serta mempunyai kekuatan rohani, kecerdasan fikiran dan ketahanan jasmani.

DSC09812

Fungsi

Memantapkan pelaksanaan prosedur kerja melalui proses kerja mapan mengikut amalan urus tadbir baik dengan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian pengurusan maklumat yang berkesan kepada pelanggan.

Meningkatkan kualiti pelaporan kewangan dengan mengutamakan ciri-ciri ketepatan maklumat, keterangan berintegriti dengan berorientasikan sistem teknologi ke arah diseminasi maklumat yang berkesan.

Mengutamakan pembangunan modal insan yang memberi impak positif ke arah peningkatan kemahiran, berinovasi, kreatif dan beraspirasikan etika kerja yang berhemah.

The Management Division

Objektif

Membangun tenaga manusia dari segi ilmu pengetahuan, kepakaran dan sikap bagi meningkatkan mutu kerja.

Menyediakan sistem pengurusan pentadbiran dan latihan yang teratur, lengkap dan kemaskini.

Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif selesa, mesra, cekap dan jujur dalam melaksanakan tugas dengan berdisiplin.

Menyediakan pengurusan berteknologi tinggi dalam mencapai pengurusan berdaya saing dan maju.

UNIT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • Membangun tenaga manusia dari segi ilmu pengetahuan, kepakaran dan sikap bagi
    meningkatkan mutu kerja.
  • Menyediakan sistem pengurusan pentadbiran dan latihan yang teratur, lengkap dan kemaskini.
    management system.

  • Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif selesa, mesra, cekap dan jujur dalam melaksanakan tugas
    dengan berdisplin.

  • Memantapkan pelaksanaan prosedur kerja melalui proses kerja mapan mengikut amalan urus tadbir baik dengan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian
    Meningkatkan kualiti pelaporan kewangan dengan mengutamakan ciri-ciri ketepatan maklumat, keterangan berintegriti dengan berorientasikan sistem teknologi ke arah diseminasi maklumat yang berkesan.
    pengurusan maklumat yang berkesan kepada pelanggan.

  • Meningkatkan kualiti pelaporan kewangan dengan mengutamakan ciri-ciri ketepatan maklumat, keterangan berintegriti dengan berorientasikan
    sistem teknologi ke arah diseminasi
    maklumat yang berkesan.

  • Mengutamakan pembangunan modal insan yang memberi impak positif ke arah peningkatan kemahiran,
    berinovasi, kreatif dan beraspirasikan etika kerja yang berhemah

Unit aset dan ict
  • Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan aset alih dan aset tak alih Yayasan Warisan Johor.
  • Memastikan pengurusan Perolehan, Aset Alih Kerajaan dan Stor di jabatan di laksanakan dengan efisyen, efektif dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 Pengurusan Aset Kerajaan.
  • Menyediakan pengurusan berteknologi dalam mencapai pengurusan berdaya saing dan maju.

Unit kewangan
  • Mengurus perbelanjaan sumber kewangan mengikut proses pengagihan sumber berpandukan kepada akta, dasar dan peraturan yang ditetapkan.
  • Membangunkan daya urus kewangan cekap, tepat, teliti dan berhemah dalam aspek kewangan dan perakaunan.
  • Melaksanakan pembayaran ke atas perkhidmatan dan perbekalan secara sistematik.

UNIT TEKNIKAL DAN PENYELENGGARAAN
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan fizikal yang kondusif dan sejahtera.
  • Mengurus dan menyelaras penyelenggaraan aset dan infrastruktur dengan cekap dan berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan kemudahan aset yang terbaik dan mesra pelanggan.

The Management Division
LogoYWJ

Alamat
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Lot 888, Jalan Sungai Chat, 80100, Johor Bahru.

+6 07-221 3148

+6 07-223 4355

pengurusan@ywj.gov.my

NEWSLETTER
JUMLAH PELAWAT
Sekarang: 94307 pelawat
Online Services
Anugerah
PENGIKTIRAFAN
© 2022 Yayasan Warisan Johor
error: Content is protected !!
Skip to content